Tuesday, 24 April 2012

Remaja Dakwa Dicucuh Rokok & Seterika Panas


KULIM : Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Bandung Indonesia membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam sembilan malam kelmarin setelah mendakwa didera oleh majikannya sejak beberapa bulan lalu.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah hanya mahu dikenali sebagai Ayu berkata, dia datang ke negara ini sejak lima bulan lalu.
Menurutnya, sebelum ini dia dijanjikan bekerja di sektor industri, bagaimanapun terpaksa menjadi pembantu rumah apabila tiba di sini.
“Sepanjang bekerja di rumah majikan, aku sering dimarahi olehnya. Lebih menyedihkan apabila badan aku turut dicederakan. Kerana tidak tahan dengan sikapnya, aku telah melarikan diri sebelum membuat lapo-ran polis.
“Aku datang ke Malaysia untuk bekerja dan mendapatkan wang, tetapi sebaliknya berlaku. Dari mula aku bekerja sehinggalah hari aku meninggalkan majikan aku, aku terus diseksa,” katanya yang ditemui di luar Balai Polis Kulim.
Ayu mendakwa, majikannya turut bertindak mencucuh puntung rokok ke muka dan badannya, selain turut mencederakannya dengan menggunakan seterika panas.
Menurutnya, dia pernah memberitahu majikannya sekiranya perbuatan mereka tidak berubah, dia akan melarikan diri, sebaliknya dirinya pula diugut.
“Suami majikan mengugut aku supaya jangan balik lagi ke rumah sekiranya aku melarikan diri dari rumah mereka. Jika ejen menghantar aku balik ke rumah mereka, pasangan suami isteri itu akan bunuh aku,” katanya.
Menurutnya dia akan menunggu wakil kedutaan Indonesia datang ke balai polis untuk menghantarnya balik ke Indonesia.
“Aku terpaksa berhutang hampir RM10,000 untuk datang bekerja di sini. Sebaliknya aku terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat bekerja,” katanya. – Sinar Harian

Pemilik Restoran Maut Tertikam Diri Sendiri


SANDAKAN : Seorang pemilik restoran maut selepas tertikam diri sendiri dengan sebilah pisau ketika tergelincir di dapur restorannya di Taman Yeng Seng, dekat sini hari ini.
Cynthia Tan Kian Hoon, 41, merupakan ibu kepada dua anak dari Taman Villa Permai, Jalan Sibuga di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi ketika mangsa, pemilik Restoran Hello memulakan kerja memotong sayur dan bawang menggunakan sebilah pisau sepanjang enam inci.
Ketika berjalan di kawasan dapur restoran itu, mangsa tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke lantai menyebabkan pisau yang dipegangnya tertikam di rusuk sebelah kanan, katanya.
Fadzil berkata, kejadian disedari adik lelaki mangsa dan seorang pekerja lelaki berada di depan selepas terdengar jeritan mangsa.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Duchess of Kent, yang dikejarkan ke restoran terbabit. – BERNAMA

Remaja Tak Sempat Rompak Syiling


ALOR GAJAH : Empat lelaki, dua daripadanya adalah pelajar diberkas polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sekitar bandar Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi semalam.
Mereka ditahan kerana cuba merompak syiling dalam mesin air suling di sebuah taman di Durian Tunggal.
Operasi berkenaan diketuai Inspektor Abd Rashid Idris, berjaya menahan empat remaja, dipercayai dari Seremban, yang melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua suspek menendang mesin air berkenaan untuk mengeluarkan syiling tetapi disedari seorang lelaki.
Menurutnya, mereka segera melarikan diri tetapi lelaki terbabit bertindak membaling topi keledar ke arah kereta dinaiki empat suspek berkenaan.
“Balingannya terkena cermin belakang kereta menyebabkan ia pecah.
“Polis berusaha menjejaki mereka berdasarkan alamat pendaftaran kenderaan tetapi suspek tiada di rumah sebelum operasi mengesan suspek dilakukan berhampiran Tesco Seremban Jaya, kira-kira jam 3 pagi, semalam,” katanya.
Umar Ali Saifuddin berkata, pihaknya cuba mengenal pasti kereta terbabit berdasarkan kesan pecah.
“Kami berjaya mengesan mereka selepas melihat kereta terbabit berhampiran sebuah pasar raya di Seremban Jaya.
“Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis dan kami juga menemui sebilah kapak serta topi keledar milik saksi,” katanya.
Menurutnya, semua suspek berusia belasan tahun dan awal 20-an dibawa ke IPD Alor Gajah untuk siasat lanjut.
“Mereka direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 kerana cubaan mencuri,” katanya. – Sinar Harian

Pelajar Pintar Maut Akibat Anorexia


Britain : Akibat taksub dengan berat badan, seorang pelajar pintar berusia 17 tahun, meninggal dunia selepas empat tahun bergelut dengan penyakit anorexia, dengan berat badannya ketika meninggal dunia hanya 38 kilogram.
Charlotte Seddon, yang juga seorang ketua pelajar di sekolahnya, selama ini menyembunyikan perasaan yang dialaminya mengenai badannya daripada anggota keluarganya.
Namun hanya selepas kematiannya barulah mereka mengetahui apa yang tersirat dalam pemikirannya selepas membaca jurnal miliknya.
Dalam jurnal berkenaan, Charlotte menulis bagaimana dia terperangkap dengan masalah berat badan, senaman, pengiraan kalori dan tekanan.
Malah dia sanggup mengelak untuk makan malam dengan berbohong kepada keluarganya bahawa dia sudah makan, namun hakikatnya gadis itu sanggup tidur dalam keadaan kelaparan.
Bagaimanapun di sebalik kesakitan yang dialaminya itu, Charlotte, yang mempunyai seorang kakak kembar, Abby, merupakan seorang pelajar cemerlang dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Dia meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan kurang zat selepas empat tahun bergelut dengan anorexia.
Charlotte berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri dan menghadapi masalah pemakanan sejak berusia 12 tahun.
Dia pernah mendapat rawatan pakar dan dimasukkan ke dalam pusat rawatan The Priory di Altrincham, Cheshire, namun meninggal dunia beberapa hari selepas itu.
Menurut ibunya, Corrine, 48, anaknya itu bijak menyembunyikan penyakitnya.
Jelasnya, Charlotte merupakan pelajar pintar dan ingin melanjutkan pelajaran di universiti untuk menjadi terapi seni. – My News Hub

Misi Mencari Ikan Paus Putih


PARIS : Sepasukan saintis Rusia mengumumkan mereka akan melancarkan satu operasi untuk mengkaji seekor ikan paus pembunuh jantan berwarna putih yang dinamakan Iceberg pada minggu depan.
Saintis-saintis Universiti Moscow dan Universiti Saint Petersburg pernah menyaksikan ikan paus spesies Orca itu muncul di permukaan laut berhampiran Kepulauan Commander di Lautan Pasifik Utara pada Ogos 2010.
Pengarah Bersama Projek Orca Timur Jauh Rusia (FEROP) Erich Hoyt berkata, Iceberg yang memburu bersama 12 ikan paus itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 16 tahun berdasarkan saiz sirip mamalia berkenaan.
“Ini kali pertama kami melihat ikan paus pembunuh jantan dewasa yang keseluruhan berwarna putih,” kata Hoyt.
Para saintis itu akan mengkaji sama ada Iceberg menghidap penyakit genetik albino.
Haiwan albino tidak boleh mengeluarkan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
Kebanyakan haiwan albino tidak dapat hidup sehingga dewasa kerana warna terang tersebut menyebabkan ia mudah dibunuh haiwan lain.
Terdapat dua ikan paus pembunuh berwarna putih yang diketahui tinggal di Semenanjung Kamtchatka, timur Rusia yang merupakan tempat Iceberg ditemui.
Pada tahun 1970, seekor ikan paus pembunuh berwarna putih berusia dua tahun, Chimo ditangkap di Kanada sebelum ia mati dua tahun kemudian.
Selepas satu pemeriksaan dilakukan ke atas bangkai haiwan itu, ia didapati menghidap albino. – AFP

Pelajar Ponteng DiMinta Solat Hajat


KOTA BHARU : Seramai 29 pelajar dari beberapa buah sekolah dicekup pada ‘Operasi Mencegah Ponteng Sekolah’ di sekitar bandar ini semalam.
Kesemua mereka ditahan di 12 kawasan ‘panas’ yang menjadi tempat tumpuan pelajar ponteng antaranya rumah tinggal, madrasah serta pasar raya.
Kawasan berkenaan termasuk Ketereh, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Kedai Lalat dan sekitar bandar Kota Bharu.
Operasi yang pertama kali diadakan tahun ini itu dilancarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu dengan kerjasama Polis, Rela, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Dalam operasi pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, seorang pelajar tingkatan empat ditangkap ketika menghisap rokok di dalam sebuah rumah kosong di Kedai Lalat di sini.
Murid tersebut ketika ditanya pemberita mengakui ketagih rokok dan menghabiskan lima batang rokok setiap hari. – Kosmo

80 sen karipap adalah biasa di batu Feringgi


BATU FERINGGI : ‘Harga 80 sen untuk karipap adalah biasa di kawasan Batu Feringgi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringgi, Jamaluddin Hashim.
Menurutnya, dalam masa yang sama peniaga juga menyediakan tiga pilihan buat pelanggan yang mana ada karipap 80 sen, 60 sen dan juga 40 sen.
“Semuanya adalah berbeza mengikut saiznya.
“Daripada pemerhatian, karipap yang berharga 80 sen memang intinya penuh dan sesuai dengan harganya,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel Karipap 80 sen Seketul dalam Sinar Harian pada 20 April lalu.
Melalui laporan berkenaan, tinjauan wartawan ke beberapa gerai kuih muih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati, kebanyakan peniaga kuih sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.
Kunjungan ke sana gara-gara aduan salah seorang pelancong mengenai harga pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 setiap satu.
Setibanya ke sana, pisang goreng yang dikatakan tiada sebaliknya karipap yang berharga 80 sen setiap satu.
Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan yang dirasakan tidak masuk akal.
Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan menikmati kuih tradisional berkenaan.
Jamaluddin berkata, beliau sendiri mengetahui ada peniaga di tempat lain yang menjual karipap berharga RM1 dan juga 40 sen di tempat lain.
Menurutnya, di Batu Feringgi peniaga di mini market juga menjual barangan dengan harga yang agak mahal berbanding tempat lain.
“Ia kerana sewa yang dikenakan kepada mereka agak tinggi dan mereka menaikkan harga,” katanya.
Namun dalam masa yang sama, Jamaluddin memohon supaya peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.
“Biarlah ia berpatutan dan tidak melampau dan perlu mengikut harga semasa,” katanya. – Sinar Harian

Merokok


Pengenalan rokok
Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samadadaripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuranantara 70mm hinnga 120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirupmelalui mulut pada hujung yang lain.

Bahaya kandungan rokok
Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak

Kesan merokok
  • Dari segi kesihatan
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan olehbahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada duaiaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokokatau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidungmelalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkankerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan olehpembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan keranamengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigimenjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas danmudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotinyang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secaraberulangkali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakitstrok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantungadalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebabutama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahuimerokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghiduasap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung sepertiasthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan sepertimelahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

  • Dari segi alam sekitar
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuangmerata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbatyang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalahkesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnyamasalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasatanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatanmanusia sendiri.

  • Dari segi sosial
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktivitiketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengannajis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini bolehdigambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akanmeningkatkan masalah sosial dalam masyarakat.Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan olehGlobal Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkatsehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencariidentiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apakeburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yangbertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa mereka.

  • Dari segi ekonomi
Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnyadigunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yangtidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonominegara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziranharta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golonganperokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yangmerokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaanterutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secaratidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkantaraf ekonomi negara.

Pembentukan Sistem Suria


Pembentukan

Gambaran artis mengenai cakera protoplanet
Hipotesis pembentukan SIstem Suria kini ialah hipotesis nebula, pertama kali diusulkan pada 1755 oleh Immanuel Kant dan dirumuskan oleh Pierre-Simon Laplace secara berasingan[6]. Teori nebula ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suria. Ia mempunyai diameter 100 AU dan berjisim 2-3 kali jisim Matahari. Kemudian, satu gangguan (mungkin supernova berhampiran) memampatkan nebula, menolak jirim ke dalam sehingga daya graviti mengatasi tekanan gas dalaman dan ia mula runtuh. Apabila nebula itu runtuh, keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas. Campuran daya-daya graviti, tekanan gas, medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang semakin mengecut di tengah.
Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi. Sistem suria dalaman terlalu panas untuk molekul mudah ruap seperti air dan metana untuk memeluwap, jadi planetesimal yang terbentuk di situ agak kecil (cuma 0.6% dari jisim cakera) dan terdiri dari sebatian dengan takat lebur tinggi seperti silikat dan logam. Badan berbatu ini kemudiannya menjadi planet terestrial. Lebih jauh, kesan graviti Musytarimengakibatkan objek protoplanet tidak boleh bersatu, dan ini menjadi lingkaran asteroidMusytari dan Zuhal menjadi gergasi gas, manakalaUranus dan Neptun lebih kecil dan dikenali sebagai gergasi ais kerana teras keduanya dipercayai terdiri daripada ais, ataupun sebatian hidrogen.
Gergasi gas tersebut cukup besar untuk mengekalkan "atmosfera primer" yang terdiri daripada hidrogen dan helium yang ditarik dari nebula suria di sekeliling. Planet terestial pula akhirnya hilang atmosfera ini, dan kemudiannya menghasilkan "atmosfera sekunder" melalui aktivitigunung berapi, hentaman komet, dan dalam kes Bumi, adanya kehidupan.
Selepas 100 juta tahun, tekanan dan ketumpatan hidrogen di tengah nebula runtuh menjadi cukup besar untuk protomatahari tersebut memulakan pelakuran termonuklear, yang akan berterusan sehinggalah keseimbangan hidrostatik diperolehi. Angin suria Matahari baru itu kemudiannya membersihkan semua gas dan debu dalam cakera protoplanet dengan meniupnya ke ruang antara najam, dan demikian mengakhiri pertumbuhan planet.

Pengistilahan


Pengistilahan

Zon dari Sistem suria: sistem suria dalamanjalur asteroidplanet gergasi(Jovian) dan jalur Kuiper. Saiz dan orbit tidak diskala.
Secara tak rasmi, Sistem Suria kadangkala dibahagikan kepada zon berasingan. Sistem Suria dalaman termasuk empat planet terestrial dan jalur asteroid utama. Sesetengah menaksirkan Sistem Suria luaran sebagai terdiri dari segalanya melepasi asteroid.[2] Sejak penemuan jalur Kuiper, yang lain menaksirkannya sebagai rantau melepasi Neptun, dengan empatgas gergasi yang dianggap "zon pertengahan" berasingan.[3]
Pada 24 Ogos2006Kesatuan Astronomikal Antarabangsa (IAU) menaksirkan istilah "planet" buat pertama kali, disegerakan oleh penemuan Eris dan perbincangan yang berikut atas pengelasannya. Penaksiran ini membahagikan objek yang mengorbit Matahari dibahagikan kepada tiga kelas: planetplanet kerdil, dan anggota Sistem Suria kecil.
Sebuah planet merupakan sebarang badan yang mengorbit mengelilingi Matahari yang mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk dirinya kepada bentuk bersfera dan mempunyai membersihkan kejiranan segeranya dari semua objek yang lebih kecil. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai lapan planet yang diketahui: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Pluto telah disingkirkan dari status planetari, laksana ia tidak dibersihkan orbitnya dari sekitar objek jalur Kuiper.
Sebuah planet kerdil merupakan badan selestial yang mengorbit Matahari yang cukup besar untuk dilingkarkan oleh gravitinya sendiri tetapi iaitu tidak membersihkan rantau kejiranannya dari planetesimal dan bukan satelit. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai empatplanet kerdil yang diketahui: CeresPlutoMakemake, and Eris. Planet kerdil yang mengorbit dalam rantau trans-Neptunian dipanggil "plutoid."[4]
Saki-baki dari objek yang mengorbit mengelilingi Matahari adalah anggota Sistem Suria kecil.(ASSK).[5]
Satelit semulajadi, atau bulan, adalah objek yang mengorbit mengelilingi planet, planet kerdil dan ASSK, berbanding dari matahari itu sendiri.
Para astronomi biasanya mengukur jarak di dalam Sistem Suria dalam unit astronomikal (AU). Satu AU adalah kira-kira jarak purata antara Bumi dan Matahari, atau 149,598,000 km (92,956,000 bt). Pluto secara kasarnya 38 AU dari Matahari, manakala Musytari berada secara kasarnya 5.2 AU. Satu tahun cahaya ialah 63,240 AU. Sebuah jarak badan dari Matahari dalam kursus dari tahunnya. Pendekatan terdekat kepada Matahari dipanggil perihelion, manakala jarak terjauh dari Matahari dipanggil aphelion.

Sistem Suria


Sistem Suria[a] (B. InggerisSolar System) terdiri dari Mataharidan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui,[1] empatplanet kerdil dan berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiperkometmeteroid, dan debu Antaraplanetari.
Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort.
Sealiran dari zarah bercas dari (angin suria) Matahari, menciptaheliosfera, sebuah buih yang menyerap Sistem Suria dan terhapus dalam heliopause, secara kasarnya pada tepian dari cakera bertaburan.
Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet ialah:
Laksana pertgh-2008 empat objek yang lebih kecil dikelaskan sebagai planet kerdilCeres berada dalam jalur asteroid, manakala tiga yang lain (PlutoMakemake dan Eris) semuanya melepasi Neptun.
Enam dari planet dan dua dari planet kerdil secara bergilir diorbit oleh satelit semulajadi, lazimnya diistilahkan "bulan" selepas Bulan Bumi, dan setiap dari planet luaran dikelilingi oleh cincin planetari dari debu dan zarah lain.