Tuesday, 1 May 2012
KARANGAN 4 (MASALAH DISIPLIN) NUR IFFA MAHIRAH
KARANGAN 4 (MASALAH DISIPLIN) NUR IFFA MAHIRAH
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan langkah-langkah untuk
mengatasi masalah tersebut.
Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukanoleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dansebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalahtersebut.Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan,malah perlu diberi perhatian yang serius.
Institusi keluarga merupakan faktor pentingdalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayangyang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukumanyang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain.Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolahselain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin.
Persatuan ibu bapa dan Guru(PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalahdisiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalumementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, danmenanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasandan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negaif.Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar.
Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga danmasyarakat.
Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusansekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada bolehmengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinanmasyarakat bermaksud memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
pantun 4 kerat (nur iffa mahirah)
PANTUN EMPAT KERAT
Ada damak dan ipuh,
Naik ke bukit nampak sampitnya,
Emas perak senang di sepuh,
Naik ke bukit nampak sampitnya,
Emas perak senang di sepuh,
Ada rumah tidak berpintu,
Ada pintu tidak bertingkap,
Rimau garang memang begitu,
Mengaum saja tidak menangkap.
Ada pintu tidak bertingkap,
Rimau garang memang begitu,
Mengaum saja tidak menangkap.
Kalau besi nampak karatnya.
Anak keling berjual kudi,
Mari nak jual di Kedai Tima
Kita hidup biarlah berbudi,
Itu tanda bersahabat lama.
Mari nak jual di Kedai Tima
Kita hidup biarlah berbudi,
Itu tanda bersahabat lama.
Ada satu panglima raja,
Duduk di kerusi kepala meja,
Date line esok menjelang tiba,
Ada ke patut tanya nak buat apa?.
Duduk di kerusi kepala meja,
Date line esok menjelang tiba,
Ada ke patut tanya nak buat apa?.
Ada satu anak limbungan,
Pergi ke pasar membeli kacang,
Memang jalak anak sabungan,
Biasa mati di tengah gelanggang
Pergi ke pasar membeli kacang,
Memang jalak anak sabungan,
Biasa mati di tengah gelanggang
Cik Kiyah pergi ke hulu,
Sampai di hulu mencuci kain,
Cari ganti sabar dahulu,
Ini belum mahu pada yang lain.
Sampai di hulu mencuci kain,
Cari ganti sabar dahulu,
Ini belum mahu pada yang lain.
Ada satu anak semarang,
Pakai cukin kain jarang,
Kalau tidak tunas di batang,
Pokok yang mana boleh di tebang,
Pakai cukin kain jarang,
Kalau tidak tunas di batang,
Pokok yang mana boleh di tebang,
Ada seorang nama Cik Daud,
Tanam bunga di tepi kolam,
Musim ini musim ribut,
Bolehkah karam di laut dalam.
Tanam bunga di tepi kolam,
Musim ini musim ribut,
Bolehkah karam di laut dalam.
Air pasang di Sungai Muar,
Burung gagak di pohon beringin,
Adik seorang sebagai penawar,
Hati tidak kepada yang lain.
Burung gagak di pohon beringin,
Adik seorang sebagai penawar,
Hati tidak kepada yang lain.
kemalangan menjelang hari raya
Aku tersentak daripada tidur setelah terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di luar rumahku .Aku bergegas ke luar rumah untuk mencari kepastian .Aku ternampak sebuah lori melintang di atas jalan raya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati satu kemalangan jalan raya telah berlaku .Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan sebuah kereta pacuan empat roda .Kereta tersebut tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya .Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian .Mereka segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu .Aku berdoa agar mereka yang mengalami kecederaan dapat diselamatkan .Aku dan orang ramai cuba mengeluarkan pemandu dan penumpang dalam kereta.Setelah kesemua mangsa dalam kereta itu dapat dikeluarkan ,kami meminta bantuan untuk menghantar mereka ke hospital .Seorang pemandu van berbangsa India secara sukarela sanggup menghantar mangsa kemalangan tersebut .Serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya .Sejurus kemudian,pihak polis pun tiba .Keadaan jalan raya mulai terkawal .Beberapa orang anggota polis menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya kemalangan tersebut .Aku melangkah meninggalkan tempat tragedi itu .Aku amat sayu apabila terpandang beberapa batang lemang di bahagian belakang kereta itu.Petang itu aku tidak berselera untuk berbuka puasa,kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu .
pengalaman menyertai pertandingan bercerita
Saya berasa gembira kerana terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu peringkat daerah .Cikgu,kawan-kawan dan ibu bapa saya memberi sokongan serta dorongan .Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap hari untuk berjaya dalam pertandingan tersebut .Pada hari pertandingan,saya berasa gementar .Tambahan pula,inilah kali pertama saya menyertai pertandingan bercerita .Cikgu Jamaliah,guru yang menemani saya sentiasa memberikan sokongan dan semangat .Semasa saya naik ke pentas untuk menyampaikan cerita,saya mula berasa gugup.Hal ini demikian kerana saya terpaksa berhadapan dengan ramai penonton.Ratusan mata bertumpu kepada saya .Bukan mudah untuk bercakap di khalayak ramai .Namun begitu,saya menguatkan tekad dan semangat .Berbekalkan kata-kata sokongan daripada Cikgu Jamaliah,akhirnya saya dapat atasi perasaan gugup dan darah gemuruh itu.Saya berjaya mengawal perasaan saya sendiri .
Subscribe to:
Posts (Atom)