Tuesday, 1 May 2012

kemalangan menjelang hari raya

Aku tersentak daripada tidur setelah terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di luar rumahku .Aku bergegas ke luar rumah untuk mencari kepastian .Aku ternampak sebuah lori melintang di atas jalan raya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati  satu kemalangan jalan raya telah berlaku .Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan sebuah kereta pacuan empat roda .Kereta tersebut tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya .Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian .Mereka segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu .Aku berdoa agar mereka yang mengalami kecederaan dapat diselamatkan .Aku dan orang ramai cuba mengeluarkan pemandu dan penumpang dalam kereta.Setelah kesemua mangsa dalam kereta itu dapat dikeluarkan ,kami meminta bantuan untuk menghantar mereka ke hospital .Seorang pemandu van berbangsa India secara sukarela sanggup menghantar mangsa kemalangan tersebut .Serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya .Sejurus kemudian,pihak polis pun tiba .Keadaan jalan raya mulai terkawal .Beberapa orang anggota polis menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya kemalangan tersebut .Aku melangkah meninggalkan tempat tragedi itu .Aku amat sayu apabila terpandang beberapa batang lemang di bahagian belakang kereta itu.Petang itu aku tidak berselera untuk berbuka puasa,kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu .

No comments:

Post a Comment